Salam Pengakap
" Sekali berpengakap terus berpengakap"
26 November 2008
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.
Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.
Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.
Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.
Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.
Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.
Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.
Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 - Singapura F.C. Sands
1913 - Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930)
1915 - Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 - Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 - Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 - Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 - Perak I.R. Wheeler
1926 - Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 - Selangor Ameen Akbar
1928 - Johor
1927 - Terengganu A.J. Gracle
1927 - Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 - Perlis
HORMAT PENGAKAP
Hormat Pengakap dilakukan apabila:
- Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
- Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
- Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
- Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
- Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Cara Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetiaan Pengakap iaitu:
- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
- Menolong orang pada setiap masa
- Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.
RUKUN NEGARA
- Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- Memelihara satu cara hidup demokratik;
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan,
- Kesetiaan kepada raja dan negara,
- Keluhuran perlembagaan,
- Kedaulatan undang-undang,
- Kesopanan dan kesusilaan
UNDANG - UNDANG PENGAKAP
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
- Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
- Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
- Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
- Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
- Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
- Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
- Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
- Pengakap itu jimat dan cermat
- Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya
25 November 2008
CARTA ORGANISASI PPM KEBANGSAAN
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Presiden Agong Kehormat
YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia:
Ketua Pengakap Negara
YBhg Dato' Seri Dr. Haji Shafie Bin Haji Salleh
Naib Yang Dipertua
YBhg Tan Sri Datuk Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
YBhg Dato' Haji Kaharudin Bin Momin
Ketua Setiausaha Eksekutif
Encik Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin
Bendahari Kehormat
YBhg Datuk Haji Aziz Jamaludin Bin Mohd Tahir
Pesuruhjaya Antarabangsa
Dr. Mohammed Mukhyuddin Bin Sarwani
Pesuruhjaya Latihan Negara
Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohsin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penolong² Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Biro Program
Tuan Haji Mohd Zulkifli Bin Dato' Haji Maulud
Biro Pembangunan Kepengakapan
Encik Nasaruddin Bin Shamsuddin
Biro Wanita
Puan Hajjah Juriah Binti Sharuddin
Biro Bencana Alam & Kesihatan
YBhg Brig. Jen. Dato' Dr. Mohd Zin Bin Bidin
Biro Penerbitan
Tuan Haji Othman Bin Haji Md Drus
Biro Latihan & Program
Encik Yeoh Seng Choon
Biro Sumber Dewasa - Selatan
Tuan Haji Radzwan Bin Hussain
Biro Sumber Dewasa - Utara
(Kosong)
Biro Tugas-Tugas Khas
Encik Eric Khoo Heng-Peng
Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa - Sarawak
Encik Geoffrey Teo Yong Luan
Wakil Kementerian Belia & Sukan (Bahagian Belia)
Cik Fadillah Binti Ahmad
Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia
Tuan Haji Ayob Bin Ibrahim
Wakil kementerian Kewangan Malaysia (Bahagian Belanjawan & Perbendaharaan)
Puan Che Nazli
Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia
YBhg Datin Zalilah Binti Mohd Taib
Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Ahli² Yang Dipilih
1. YB Dato' Dr. Mohamad Shahrum Bin Osman
2. Encik Ismail Bin Ramli
3. YBhg Dr. Junaidy Bin Abd Wahab
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Majlis Pengakap Malaysia 2007-2009
1. YB Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman
2. YBhg Tan Sri Haji Abu Zahar Bin Dato' Nika Ujang
3. YBhg Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Taib
4. YBhg Dato’ Ramli Bin Mohd Said
5. YB Dr Junaidy Bin Abd Wahab
6. YM Dato’ Raja Ruslan Bin Raja Samah
7. YB Datuk Md Sirat Bin Abu
8. YBhg Tan Sri Datin Paduka Hajjah Zaleha Binti Ismail
9. YBhg Dato’ Dr Hashim Bin Abdul Wahab
10. YB Puan Siti Faridah Binti Arshad
11. YBhg Dato’ Dr Sivamohan A/L Namasivayam
12. Encik Ismail Bin Ramli
13. YBhg Datuk Abd Talib Bin Bachek
14. Encik Muhamad Idham Bin Mustafa
15. Mejar (B) Mahmud Kamsani Bin Mustapha
16. Tuan Haji Shahabudin Bin Nordin
17. Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Junid
18. Tuan Haji Mohd Mujab Bin Sukaimi
19. Tuan Haji Mohd Sa'at Bin Bongkek
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesuruhjaya² Negeri
Johor - Tuan Haji Yaacob Bin Abdul Karim
Kedah - Tuan Haji Ahmad Bin Abbas
Kelantan - Tuan Haji Nawi Bin Haji Othman
Melaka - Tuan Haji Abdul Kader Bin Md Nor
Negeri Sembilan - Tuan Haji Jaafar Bin Yusof
Pahang - YH Dato’ Haji Lias Bin Mohd Nor
Perak - Encik Ahmad Bin Abd Majid
Perlis - Encik Ho Thean Sung
Pulau Pinang - Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin
Sabah - YBhg Datuk Awang Zainie Bin Haji Suntim
Sarawak - Tuan Haji Said Bin Haji Bolhassan (Pemangku)
Selangor - Tuan Haji Ishak Bin Mohd Jonid
Terengganu - Tuan Haji Othman Bin Ismail
WP Kuala Lumpur - Mejar (B) Mior Rosli Bin Dato' Mior Mohd Jaafar
WP Labuan - Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Lamudin
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) - Tuan Haji Mohamad Kamar Bin Zainudin
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) - Tuan Haji Rosdi Bin A. Rahman
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kakitangan Ibu Pejabat (Rumah B.P.)
Ketua Setiausaha Eksekutif - Encik Mohd Zaki Nurud-Din @ NordinSetiausaha
Eksekutif Pentadbiran - Cik Rosnah Binti Baharom
Setiausaha Eksekutif Pentadbiran Kewangan - Puan Siti Ramlah Binti Ahmad
Penolong Setiausaha Eksekutif Latihan - Encik Shahril Bin Kuru
Penolong Setiausaha Eksekutif Program - Encik Abdul Rahim Bin Haji Abdul Hamid
Penolong Setiausaha Eksekutif Pentadbiran - Puan Hamidah Binti Salam
Pembantu Tadbir - Encik Mohd Azri Bin Ramli @ Hisham / Cik Natasha Adha Binti Baharom
PERSETIAAN PENGAKAP
19 November 2008
RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:
- Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi
LENCANA PERKHIDMATAN
Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahuan serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:
LENCANA PENGETAHUAN
LENCANA KEGEMARAN
LENCANA KERIS EMAS
- Lagu Patriotik
- Mengenali Jata Negar Malaysia dan Negeri / melipat bendera
- Mengetahui nama orang kenamaan
- Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
- Mengamalkan rukun agama
- Sambutan Hari Keputeraan
- Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
- Peraturan hidup sihat & bahagia
- Sakit selsema
- Mendapatkan bantuan kecemasan
- Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan
- Mengikat Anduh
- Cara-cara keselamatan di air
- Cara-cara belajar berenang
- Koleksi maklumat media
KECEKAPAN
- Asas perbarisan
- Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera
- Kemahiran asas permainan pasukan
a) Sepak Raga
ATAU
b) Bola Baling - Seni mempertahankan diri
- Kesegaran fizikal
- Latihan asas ala komando
- Simpulan-simpulan
- Mendirikan dan menurunkan khemah
PENYERTAAN
- Mengetahui sifat ikan
- Mengetahui sifat tumbuhan
- Pilih Salah Satu
a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lain
b) Membuat Patung
c) Membuat layang-layang
d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri - Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)
a) Membuat Mini zoo serangga
c) Menyediakan akuariun / Terrarium
c) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains - Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)
a) Lagu-lagu berirama Tradisi
b) Lagu-lagu Rakyat
c) Lagu-lagu Asli
d) Lagu-lagu Pengakap Tradisi
e) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa - Berlakon babak cerita
- KoreografkanTarian Kebudayaan
PERKHIDMATAN
- Membersihkan kawasan
- Membantu ibubapa / keluarga
- Membantu rakan sebaya
- Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam
- Program malam Pengakap
- Membantu Pek bercuti
- Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak
18 November 2008
LENCANA KERIS PERAK
- Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
- Bendera Malaysia dan Negeri
- Lambang Pengakap Malaysia
- Nama orang kenamaan
- Persetiaan dan undang-undang Pengakap
- Nama Penolong Pesuruhjaya kanak-kanak dan Pesuruhjaya Daerah
- Sejarah ringkas perkembangan pengakap dan tokoh pengakap daerah
- Rukun-rukun sembahyang
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
- Kebersihan
- Kulit melecur
- Faedah senaman dan tujuan
- Cara pernafasan B-P
- Hidung berdarah
- Perawatan penyakit-penyakit kulit yang mudah berjangkit
- Mencuci dan membalut luka, dan lain-lain
- Bahaya penggunaan alat elektrik
- Bahayanya menggunakan ubat-ubat tanpa nasihat doktor
- Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas
KECEKAPAN
- Asas perbarisan
- Simpulan : Buku sila, bunga geti dan simpul sentak
- Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera
- Kemahiran asas permainan pasukan (a) Bola keranjang (b) Sofbal
a) Bola Keranjang
ATAU
b) Sofbal - Mengetahui cara mengekalkan fizikal seperti memanjat tali ATAU mengumpul sejarah keharmonian keluarga
- Renang dan peraturan keselamatan air ATAU bertugas dengan berbasikal :
- Mengepos surat
- Ke Balai Polis
- Ke Klinik / Balai Bomba / Balai Penghulu
PENYERTAAN
- Mengetahui sifat burung yang hidup di udara dan di darat
- Mengetahui keperluan tumbuhan
- Makanan bersih dan keselamatan
- Bidang perhubungan Sains komputer ATAU Boleh mengucap / menyebut bahasa asing
- Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian
- Menambah simpanan wang
- Menyertai tarian / nasyid
PERKHIDMATAN
- Mengumpulkan pakaian lama
- Mengetahui cara perhubungan (pilih 3 sahaja)
a) Telefon
b) Akhbar
c) T.V. / Radio
d) Isyarat kepulan asapNama orang kenamaan
e) Pukulan gendang
f) Kentung
g) Tiupan wisel
h) Semaphore - Syarahan / ceramah undangan
- Doa keselamatan
- Menyimpan akuan perbelanjaan
- Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air
16 November 2008
LENCANA KERIS GANGSA
- Negaraku & Lagu Negeri
- Bendera Malaysia & Negeri
- Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak
- Rukunegara
- Mengenali orang kenamaan
- Persetiaan & undang-undang Pengakap
- Hormat, isyarat dan salam pengakap
- Nama kuasa penganjur / pemimpin
- Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya
- Mengetahui agama-agama di Malaysia
- Nilai-nilai beribadat
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
- Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan
- Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan
- Memakai kasut / selipar / jagaan
- Bahaya menelan pil / gula-gula
- Bahaya bermain mata pisau
- Mengenali penyakit kulit yang berjangkit
- Bahaya bermain bahan letupan
- Mendapat bantuan pertolongan
- Peraturan lalulintas
- Sebab utama kemalangan jalanraya
- Peti pertolongan cemas
KECEKAPAN
- Asas perbarisan
- Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti
a) Bola Sepak
b) Bola Jaring
c) Bola Tampar - Memanjat tali
- Mengguna dan menjaga pisau kecil
- Mengetahui kawasan sendiri
- Mengetahui pakaian seragam pengakap
- Isyarat-isyarat pengakap
- Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan
PENYERTAAN
- Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)
a) Menanam pokok bunga di pasu
b) Menyubur pokok
c) membuat batas
d) Membantu / memlihara pokok - Cara-cara memelihara haiwan
- Membaca buku memelihara binatang / haiwan
- Menjadi ahli perpustakaan
- Membuat rekaan
- Menyembah drama / lakonan & tarian
- Berlakon
- Menempatkan koleksi
- Membuat buku akau simpanan
PERKHIDMATAN
- Membantu ibubapa di rumah
- Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain
- Bercerita melalui lisan / lukisan
- Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah
- Khidmat kemasyarakatan
- Buku Log khidmat sukarela
LENCANA WAJIB
Lencana Ahli Penunggang Basikal
Lencana Ahli Berenang
Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.
LENCANA KEAHLIAN
- Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
- Prinsip Rukunegara.
- Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.
- Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.
- Laung Agung.