Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

12 Mac 2009

BENDERA MALAYSIA



Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 14 buah negeri:
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
Wilayah Persekutuan.

Warna biru tua maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.