Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

19 Mei 2009

UJIAN KECEKAPAN LENCANA KERIS GANGSA





TARIKH : 16 MEI 2009
TEMPAT : SK. PEKAN TELUPID

Ujian Kecekapan lencana keris gangsa telah dijalankan seramai 15 ahli pengakap kanak-kanak terlibat untuk aktiviti ini. Semoga ahli pengakap sentiasa menjaga kecergasan dari segi fizikal dan kecerdasan mental.

09 Mei 2009

PEKAN TELUPID DILANDA RIBUT



Kejadian petang Jumaat 8 Mei 2009, Agak mencemaskan penduduk sekitar Pekan Telupid. Angin kencang berserta hujan lebat melanda sekitar kawasan pekan Telupid termasuk kawasan sekolah SK. Pekan Telupid. Terdapat kerosakan yang agak serius pada beberapa bangunan sekolah serta rumah guru. Syukur ke hadrat ilahi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semoga segala yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

Wallahuallam.