Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

28 Disember 2008

KEM LENCANA KEAHLIAN 2008













Tarikh : 8 - 9 November 2008
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid
Penyertaan : 50 orang

Salam pengakap.

Kem lencana keahlian telah diadakan di SK. Pekan Telupid pada 8 dan 9 November 2008.
Selama 2 hari 1 malam, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan serta ujian Lencana Keahlian sebelum dilantik dan diiktiraf sebagai seorang ahli Pengakap.

Istiadat melantik ahli pengakap dihadiri dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Telupid En. Daniel Tan bersama Guru Besar SK. Pekan Telupid En. Maha Nain serta ibubapa peserta kem.

Terima kasih diucapkan atas sumbangan tenaga dan idea yang diberikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Telupid ( En. Daniel Tan ), Pemimpin Pengakap SMK. Telupid ( En. Faizal Zainal ), Pemimpin - pemimpin pengakap, Admin PPM38HL ( En. Abdul Aziz Hj. Abdul Wahab ) serta Pengakap Kelana (A) SMK. Telupid.

Semoga dengan kerjasama dan persaudaraan pengakap, Pengakap Daerah Telupid maju dan mampu melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.