Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

20 Mac 2009

Buletin Pengakap Sabah

Salam Pengakap,Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah ingin menerbitkan satu Buletin Pengakap Negeri Sabah pada Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 17-19 April 2009.


Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai berita-berita, pengumuman-pengumuman, artikel-artikel, cerita-cerita hangat dan gambar-gambar menarik mengenai Pengakap dari kawasan anda yang anda ingin berkongsi bersama dengan Pengakap Negeri Sabah (atau ingin mempopularkan daerah Pengakap anda), sila emailkan kepada saya di


tariqaripen@gmail.com


sebelum 28 Mac 2009.


Segala kerjasama, kesungguhan dan semangat kepengakapan yang diberikan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang benar,



Ahmed Tariq Aripen
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Publisiti)