Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

12 Mac 2009

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SABAH 2008/2009


PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SABAH 2008/2009
Tarikh : 13 hingga 16 Mac, 2009
Tempat : Rumah BP, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah
Yuran : RM 50.00 seorang
(termasuk makan/minum, aksesori peserta dan bahan ujian)
Masa melapor diri : 9.00 – 11.00 pagi (13 Mac 2009) / Rumah BP
Keperluan-keperluan Peserta/Calon
KEPERLUAN KHAS (WAJIB)
1. Buku-buku Log Peribadi dan AM Calon(hendaklah dihantar ke Ibupejabat Pengakap Negeri selewat-lewatnya pada 3 Mac 2009.
2. Peti Pertolongan Cemas Peribadi
3. Model Projek Perintis
4. Tongkat Pengakap
5. Salinan sijil-sijil berikut :
- Lencana USAHA, MAJU, JAYA
- Lima Lencana Tertinggi Pengakap Raja
- Ujian Sikap
6. Satu hasil kerja kraftangan
7. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
KEPERLUAN AM
1. Pakaian Seragam Lengkap
2. Pakaian Tradisi
3. Pakaian sukan/aktiviti
4. Pakaian Renang
5. Khemah
6. Kompas
ANTARA ASPEK YANG AKAN DIUJI DAN DINILAI SECARA UMUM ADALAH :
1. Temuduga- Pengetahuan am dan berkaitan Pengakap
2. Buku Log
3. Keadaan Fizikal Peserta dan Khemah- Penampilan fizikal, sikap dan sahsiah- Kesempurnaan
Pakaian Seragam- Kawasan khemah, kebersihan dan gejet
4. Ekspedisi
5. Penganggaran dan Pengagakkan- Kemahiran menganggar dan mengagak dalam Pengakap
6. Kompas dan Peta- Penggunaan kompas dan pembacaan peta
7. Ikatan dan Simpulan- Ikatan dan Simpulan (Teori dan amali-sehingga ke peringkat Pengakap Remaja)- Sambat Mata dan Sambat Balik- Projek Trestle
8. Pertolongan Cemas- Kemahiran penggunaan anduh- Peti pertolongan cemas- CPR
9. Masakan- Masakan cara rimba “backwoods”- Masakan Moden
10. Kraftangan- Satu jenis kraftangan- Membuat wogel- Anyaman bushmen thong
11. Malam Pengakap- pengetahuan secara umum mengenai alat muzik, pakaian, tarian dan nyanyian tradisionallazim masyarakat di Malaysia dan negeri Sabah
12. Kawad kaki dan Kawad Tongkat
13. Berenang
14. Kecekapan