Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

09 April 2009

Perhimpunan Raksaksa Pengakap Malaysia

JEMPUTAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN RAKSAKSA PENGAKAP SEMALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-100 PENGAKAP DI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempenaan dengan sambutan ulangtahun ke-100 Pengakap di Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganjurkan satu Perhimpunan Raksaksa melibatkan kira-kira 6000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia.

Perhimpunan ini akan dihadiri bersama dengan Perdana Menteri Malaysia dan Mantan Perdana Menteri (Perdana Menteri merupakan Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia).

Butiran Perhimpunan adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2009
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi
Pameran aktiviti Pengakap seluruh negara akan dibuka sepanjang hari.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah akan menganjurkan satu pameran dan menghantar seramai mungkin ahli Kontinjen untuk mewakili Negeri Sabah ke Perhimpunan ini. Sehubungan itu, saya dengan segala hormatnya mempelawa anda untuk bersama-sama menyertai perhimpunan yang bersejarah ini.

Kontinjen Pengakap Sabah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 24 April 2009 dan balik semula ke Kota Kinabalu pada 26 April 2009 melalui penerbangan Airasia (butiran penerbangan akan ditentukan kelak). Bagi ahli Pengakap, PPM Cawangan Sabah akan menyediakan bilik hotel untuk penginapan sepanjang berada di Kuala Lumpur. Peserta akan menyediakan sendiri tambang penerbangan pergi dan balik Kota Kinabalu - Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat, sila maklumkan penyertaan anda kepada Ibupejabat Pengakap Negeri di talian berikut :

Telefon : 088-219558
Fax : 088-210550
H/P : 012-8325546 (Nourman Rayn)

Satu sijil khas 100 tahun Pengakap Malaysia akan dikeluarkan oleh PPM khusus bagi mereka yang menghadiri perhimpunan ini.

Hubungilah kami sekarang untuk sebarang maklumat lanjut.

Harap Maklum.


NOURMAN RAYN AG. ZAINI
Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah