Salam Pengakap

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Semoga laman blog ini dapat memberi info kepada semua ahli pengakap. Sebarang cadangan atau info boleh dikongsikan melalui email riduanjunadi@yahoo.com.my

" Sekali berpengakap terus berpengakap"

25 Oktober 2009

LENSA WORLD 52 JOTA 13 JOTI 2009





Date/Tarikh : 17 October 2009
Venue/Tempat : SK. Pekan Telupid
Participations/Penyertaan : 49 orang


Buat julung kalinya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Daerah Telupid telah menganjurkan Jamboree On The Internet (JOTI) di SK. Pekan Telupid. Aktiviti ini dihadiri seramai 49 orang terdiri daripada pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dari 2 pasukan iaitu Kumpulan 01 Telupid (SMK Telupid) serta Kumpulan 05 Telupid (SK. Pekan Telupid). Aktiviti bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah masakan rimba, memasang dan melipat khemah, pameran dan berinteraksi melalui internet.

Kumpulan 05 Telupid telah menghantar seramai 19 orang untuk menyertai aktiviti ini. Diucapkan syabas kepada peserta yang berjaya melengkapkan cabaran JOTI yang diberikan. Semoga aktiviti ini menjadi satu aktiviti tahunan untuk semua pengakap di daerah Telupid.